nuffnang

Saturday, March 4, 2017

5 Sebab Kita Memerlukan Supplement

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa yang diri mereka tidak memerlukan sebarang supplement atau makanan tambahan. Salah satu sebab anggapan begini timbul adalah sebab mereka sudah benar-benar menjaga pemakanan mereka dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Anggapan ini agak meleset dari realiti kerana realitinya setiap orang pasti memerlukan supplement, bukan hanya untuk orang yang tidak sihat malahan juga orang yang sihat pun memerlukan supplement untuk memastikan badan kekal sihat. Di sini saya senaraikan 5 sebab kita memerlukan supplement.

1. Sumber mentah makanan yang tidak lagi semulajadi.
Kita beranggapan yang kita mampu menjaga kesihatan kita dengan mengelakkan semua jenis processed foods. Umum sedia maklum yang processed foods memang tidak menyihatkan. Justeru kita memilih untuk makan hanya real foods sahaja. Tetapi, tahukah anda yang real foods itupun berasal daripada sebagai contohnya ayam yang disuntik dengan cecair hormon untuk mempercepatkan pembesarannya, disuntik dengan pelbagai jenis vaksin untuk mengelakkannya daripada jatuh sakit dan diberi makan baja yang penuh dengan bahan kimia untuk menggemukkannya? Sayur-sayuran segar pun tidak semestinya segar. Entah berapa banyak jenis racun dan baja yang digunakan untuk menjaga dan menyuburkan sayur-sayur tersebut. Ikan air tawar pula diberi baja dan vitamin untuk mempercepatkan tempoh matangnya. Manakala ikan laut pula diberi bahan pengawet supaya tahan dan kelihatan segar lebih lama. Pendek kata, sumber makanan kita sudah tidak lagi semulajadi. Dan, apabila kita makan sumber makanan tersebut, badan kita akan bekerja keras untuk menyingkirkan segala radikal bebas yang masuk ke badan kita melalui makanan tersebut tadi. Di sinilah makanan tambahan memainkan peranan. Ia menolong badan kita menyingkirkan radikal bebas dengan lebih cepat. Lagi cepat radikal bebas disingkirkan dari badan kita lagi bagus. Supplement yang tinggi kandungan antioksidan nya sangat-sangat kita perlukan pada zaman ini.

2. Membantu kesihatan badan.
Zaman sekarang ini sangat banyak jenis penyakit yang ada. Dan, semua itu mungkin merupakan kesan daripada sumber mentah makanan kita. Kanser contohnya adalah kesan daripada badan kita yang terdedah pada radikal bebas untuk jangka masa yang lama. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok juga menyebabkan badan kita benar-benar memerlukan makanan tambahan. Kehadiran virus-virus yang baru seperti HFMD juga menyebabkan anak-anak kita pun memerlukan makanan tambahan. Malahan, anak-anaklah golongan yang paling memerlukan supplement.

3. Gaya hidup yang kurang aktif.
Zaman sekarang adalah zaman IT. Zaman di mana kebanyakan individu lebih suka duduk melayan handphone daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gaya hidup seperti ini amat memerlukan makanan tambahan untuk memastikan badan kekal sihat walaupun menjalani hidup kurang aktif. Dan, jika kita ubah gaya hidup yang kita yang pasif itu kepada yang aktif sedikit, pasti hidup kita lebih sihat dengan bantuan supplement yang berkualiti.

4. Tekanan hidup.
Keadaan hidup yang serba menekan pada masa kini menyebabkan kita mudah stress. Living cost yang sentiasa meningkat salah satu punca kita jadi stress. Dan tahukah anda, apabila kita stress nutrient yang ada dalam badan kita akan cepat hilang? Terutamanya vitamin seperti vitamin B dan Vitamin C akan hilang daripada badan kita setiap kali kita berasa tertekan.

5. Cuaca yang tidak menentu.
Keadaan cuaca yang sangat tidak menentu pada masa sekarang menjadikan imun sistem badan kita jadi ikut sama tidak menentu. Cuaca yang panas akan menjadi terlampau panas menyebabkan badan kita mudah dehydrate dan nutrient pun cepat hilang dari badan. Nutrient yang hilang pun mesti diganti dengan segera jika tidak nanti badan akan jatuh sakit. Apabila cuaca sejuk pula akan menjadi terlalu sejuk dan ini boleh menyebabkan serangan asma dan selsema pada kanak-kanak mahupun dewasa. Jadi, tidak dinafikan setiap golongan memang memerlukan makanan tambahan.

Kesimpulannya, makanan tambahan adalah satu keperluan pada masa ini. Dan ini dibuktikan dengab lambakan produk makanan tambahan yang ada dipasaran. Jadi, isu yang timbul sekarang adalah bagaimana hendak memilih supplement yang sesuai dan berkualiti? 

Tips memilih supplement.
Memang sukar untuk memilih vitamin yang sesuai untuk diri dan keluarga kerana ada banyak pilihan vitamin di luar sana. Ada yang harganya murah dan tak kurang juga menawarkan harga yang amat mahal. 

Tips memilih supplement yang sesuai untuk diri dan keluarga adalah kita kena lihat dari kualitinya. Kena selidik betul-betul sejarah pembuatan produk dan yang paling selamat adalah anda perlu memilih supplement yang ada Landmark Study. Landmark Study ini hanya boleh dilakukan ke atas vitamin yang sudah wujud selama 20 tahun ke atas. Cari jurnal saintifik yang berkaitan produk yang anda pilih. Ini sangat penting untuk memastikan produk yang anda pilih tidak mengandungi bahan merbahaya pada diri dan keluarga.
Bagi saya pula, saya memilih vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan kami keluarga kerana Shaklee adalah satu-satunya vitamin yang ada Landmark Study. Kualitinya sudah terbukti dan tak perlu dipertikaikan lagi.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Telegram/Wassap : 0194675097
ID Shaklee : 994434

2 comments: