nuffnang

Thursday, July 9, 2015

Pentingkah Detox Untuk Kesihatan?

Apa itu Detox? Okey, sebelum saya kongsikan dengan lebih lanjut lagi tentang detox, saya telah menyediakan satu siri soalan yang anda perlu jawab dengan sejujurnya jika anda ingin mengetahui samada badan anda memerlukan detox atau pun tidak. Beri nilai 1 untuk YA dan 0 untuk TIDAK.

1. Adakah anda berasa lesu dan letih atau sakit-sakit badan ketika bangun pagi walaupun telah mendapat tidur yang cukup?
2. Adakah anda meminum lebih dari 3 cawan kopi atau teh atau mana-mana softdrink yang lain?
3. Adakah anda sering berasa kembung setiap kali selepas makan?
4. Adakah anda minum alkohol setiap hari?
5. Adakah anda merokok atau tinggal atau bekerja bersama perokok ?
6. Adakah anda tinggal atau bekerja di bandar besar?
7. Adakah anda jarang makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar?
8. Adakah anda makan daging merah lebih daripada 2 kali dalam satu minggu?
9. Adakah anda sering makan makanan bergoreng atau fast food?
10. Adakah anda sering mengalami flu atau alergik?
11. Adakah anda sering mengalami perubahan mood yang ketara (mood swing)?
12. Adakah anda sering ketagih untuk memakan makanan yang manis-manis atau roti?
13. Adakah anda sering tidak makan sarapan pagi?
14. Adakah berat badan anda naik dengan cepat?
15. Adakah anda mengalami masalah untuk fokus atau konsentrasi anda mudah terganggu?
16. Adakah anda selalu mengalami masalah sembelit ataupun cirit-birit?
17. Adakah anda sering mengalami kekejangan otot?
18. Adakah anda selalu cepat letih?
19. Adakah anda senang mendapat jangkitan kulat?
20. Adakah anda selalu mendapat ulser mulut?

Jika jumlah skor jawapan anda lebih daripada 5, maka itu menunjukkan badan anda memerlukan detox.



Apakah itu Detox? Detox secara umumnya bermaksud proses menyingkirkan atau mengeluarkan toksin daripada badan kita. Ada pelbagai cara bahan-bahan toksin berbahaya ni masuk ke dalam kita. Toksin boleh samada terhasil secara semulajadi di badan kita atau disebabkan oleh sumber pemakanan kita yang mengandungi pestisida, pewarna, MSG, logam berat daripada air minuman, lebihan ubat-ubatan yang tertinggal di dalam badan, pencemaran udara, stress, habit pemakanan yang buruk dan juga disebabkan oleh radikal bebas.

Proses detox ini adalah untuk membantu memperbaiki fungsi metabolisme badan dan menjaga kemampuan badan di dalam proses hariannya menyingkirkan toksin (racun) daripada badan secara semulajadi. Toksin-toksin ini jika dibiarkan bertimbun di dalam badan (jika kemampuan badan menyingkirkan toksin secara semulajadi semakin berkurangan) boleh meningkatkan risiko penyakit degeneratif, kerosakan sel-sel tubuh dan penyakit kronik seperti kanser, tinggi paras kolesterol dan juga tekanan darah tinggi. Tahap toksin di dalam badan juga boleh mempengaruhi stamina dan kemampuan badan di dalam menjalani aktiviti harian. Selain itu, toksin juga mempercepatkan proses penuaan.

Oleh itu, proses detox ini sangat penting dan jika boleh di lakukan sekerap yang mungkin kerana mengambil kira faktor pencemaran yang berlaku di sekeliling kita setiap hari selain sumber pemakanan kita yang semakin tercemar.  Secara ringkas, manfaat detox adalah seperti berikut:

1. Detoxifikasi boleh membantu mengelakkan penyakit daripada mudah menjangkiti kita.
2. Detox juga menolong mengistirahatkan  tubuh badan kita.
3. Membersihkan bahagian dalam tubuh kita daripada toksin berbahaya.
4. Menghilangkan dan mengelakkan jerawat.
5. Memperlambatkan proses penuaan (anti-aging).
6. Meningkatkan ketahanan dan stamina badan.
7. Meningkatkan kesuburan.

Panduan Proses Detoxifikasi Dengan Produk Shaklee

Produk
Bahagian/Organ Badan
DTX
Detox Hati
Herblax
Detox Usus Besar
Alfalfa
Detox Darah, Usus Kecil, Usus Besar
Vivix
Detox Darah

Adakah perlu kita ambil semua produk detox tersebut? Jawapan nya perlu jika kita inginkan tahap kesihatan badan yang optima kerana setiap satu produk tersebut mempunyai fungsi nya yang tersendiri.

Jika anda mencari vitamin untuk diri dan keluarga, boleh hubungi saya Pn. Emy di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang aktif di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment