nuffnang

Wednesday, July 8, 2015

9 Kegunaan Soda Bikarbonat Untuk Kesihatan

Saya percaya setiap surirumah pasti ada menyimpan sekurang-kurangnya sebotol Soda Bikarbonat tak kira la samada anda jenis yang bakers ataupun tidak. Saya bukan seorang yang suka memasak tetapi saya tetap memastikan ada sebotol Soda Bikarbonat di rumah saya. Manalah tahu angin rajin memasak tetiba datang..hehe. Selalunya, apa yang terjadi adalah Soda Bikarbonat tu akan berada di dalam peti sejuk sehinggalah tiba ke tarikh expired nya. Jadi, semasa saya surf internet, saya terjumpa artikel yang berkongsi rahsia-rahsia pelbagai kegunaan Soda Bikarbonat ni..Meh baca, pasni saya rasa pasti Soda Bikarbonat di rumah anda tidak akan sempat expired punya.

1. Deodorant semulajadi.
Untuk mengelakkan bahan paraben dan aluminium yang terdapat pada deodorant dan antiperspirants, cubalah gunakan secubit Bikarbonat Soda yang dicampurkan dengan sedikit air. Jadikan paste untuk menggantikan roll-on yang biasa anda pakai. Walaupun tiada berbau wangi, tetapi sekurang-kurang berkesan untuk mengelakkan badan anda daripada berbau.


2. Merawat gigitan serangga
Sedikit campuran Bikarbonat Soda dengan air boleh melegakan kesan gatal akibat gigitan serangga. Serbuk Soda Bikarbonat juga boleh disapu pada kulit untuk melegakan kegatalan pada kulit akibat tersentuh serangga atau tumbuhan yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit.

3. Rendaman Kaki Dan Menghilangkan Kulit Kasar
Masukkan tiga sudu teh Soda Bikarbonat ke dalam air suam untuk rendaman kaki anda. Anda boleh skrubkan kaki anda dengan paste campuran Soda Bikarbonat dengan air kemudiannya. Cara yang amat mudah dan murah untuk mendapatkan kulit kaki yang halus dan cantik serta melegakan keletihan pada kaki.

4. Rendaman Yang Menyegarkan Badan.
Campurkan Bikarbonat Soda dan Epal Cider ke dalam tab mandi untuk mendapatkan berendam ala-ala spa anda di rumah. Sebagai bonus, ia juga menolong membersihkan tab mandi anda juga!

5. Pencuci Tangan
Campuran satu pertiga Soda Bikarbonat dengan air boleh menolong membersihkan tangan dan menghilangkan bau. Sangat berkesan menghilangkan bau hanyir selepas anda melakukan kerja menyiang ikan atau daging.

6. Menghilangkan Selumbar.
Campurkan sesudu makan Bikarbonat Soda ke dalam segelas air. Rendamkan bahagian yang terkena selumbar tu selama kira-kira 5 hingga 10 minit. Buat dua kali sehari sehingga selumbar tu keluar dengan sendiri nya.

7. Untuk Menghilangkan Sunburn.
Campurkan setengah cawan ke dalam tab mandian dan berendamlah seketika untuk melegakan sunburn anda. Anda juga boleh jadikan campuran Bikarbonat Soda dan air sebagai kompres sejuk untuk melegakan bahagian yang terkena selaran matahari tersebut.

8. Ubat Gigi
Campurkan sedikit Bikarbonat Soda dengan garam laut. Sapukan pada gigi dan biarkan selama beberapa minit. Kumur hingga bersih. Boleh membantu menjaga kebersihan gigi dan gusi.


9. Pemutih Gigi
Campurkan sedikit Bikarbonat Soda dengan perahan air limau atau lemon. Sapukan pada gigi anda menggunakan berus gigi atau pun telunjuk. Cara yang sangat menjimatkan untuk membantu memutihkan gigi anda. Walau bagaimanapun, penggunaan yang terlalu kerap boleh menghakis lapisan enamel gigi anda.

Selamat mencuba ya!

Jika anda mencari Vitamin untuk diri dan keluarga, boleh hubungi saya Pn. Emy, di talian 019-4675097. Saya adalah pengedar Shaklee yang aktif di bandar Sri Aman dan kawasan sekitarnya.


4 comments:

  1. byk kegunaan nya kan selain msk dalam biskut pe semua..ihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Hehe..ya. ada lagi sebenarnya..nanti saya sambung lg artikel tentang soda bikarbonat ni

      Delete