nuffnang

Saturday, March 11, 2017

Cara Hilangkan Ketumbuhan Pada Payudara.

Vivix adalah satu produk yang tinggi antioksida dan ini boleh membantu melawan radikal bebas dengan meneutralkan segala radikal bebas yang masuk ke dalam badan kita tanpa kita sedari.
Kita seringkali terdedah dengan radikal bebas sama ada, dari segi pemakanan, persekitaran dan sebagainya. Tambahan pula, gaya hidup kita masa kini membuatkan kita terdedah pada radikal bebas. 

Tidak dinafikan bahawa, pencemaran radikal bebas juga adalah punca kepada terjadinya kanser.

Radikal bebas dalam badan akan merosakkan sel dan membuatkan sel menjadi tidak normal. Ianya dipanggil Oxidative stress atau tekanan oksidatif. Puncanya ialah badan kita tidak mempunyai antioksidan yang cukup untuk meneutralkan radikal bebas. 

Fungsi antioksidan juga untuk mencegah kerosakan sel yang menyebabkan kanser, penuaan dan juga penyakit kronik yang lain seperti jantung, diabetis dan lain-lain.

Gaya hidup yang sihat seperti, menjaga pemakanan, mengawal stress dan bersenam serta bersukan dan dibantu oleh pengambilan suplemen yang tinggi antioksida seperti VIVIX membantu mengatasi masalah pencemaran radikal bebas dalam badan kita.  

Vivix sangat tinggi kandungan antioksidanya. Bahan utama vivix iaitu anggur muscadine, Eldeberry, Purple Carrot dan Japanese Knotweed mempunyai sumber resveratrol dan polifenol. Resveratrol dan polifenol pula sangat kaya dengan antioksidan. 

Anggur muscadine ialah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan mempunyai fungsi imun yang lebih tinggi serta antioksidan yang lebih kukuh.

Bagaimana Vivix membantu melawan radikal bebas??

Vivix bekerja dengan 4 mekanisma Penuaan pada tahap selular iaitu 

1. Vivix membantu melindungi sel-sel DNA daripada serangan radikal bebas

2. Dalam satu ujian klinikal menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan tahap selular

3. Vivix menggalakkan pembentukan sel tenaga baru (mitochondria) untuk meningkatkan tenaga dalam sel

4. Vivix membantu melambatkan protin AGE.  Protin AGE yang banyak dalam badan akan merosakkan sel. Pengambilan makanan bergula boleh memperbanyakkan protin Age. 

Berikut pula adalah testimoni pengguna Vivix yang telah disahkan oleh doktor mengalami dua ketulan ketumbuhan pada payudara beliau. Malahan doktor telahpun menetapkan tarikh pembedahan untuk membuang payudara tersebut. Dan, selepas tiga minggu  mengamalkan Vivix, iaitu sehari sehingga tarikh pembedahan tersebut, satu daripada ketulan tersebut telah disahkan hilang oleh doktor yang merawat beliau. Kita ikuti sendiri pengakuan Puan ZAMZAKIDAH ABDUL HAMID
[DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN DI PAYUDARA HILANG SETELAH 3 MINGGU AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]

Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi satu pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalam lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna  merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH. Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER  QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI  untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk  mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian  itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul  tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix. Terima Kasih Shaklee.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila klik  👉 Daftar Ahli

pengedar shaklee sri aman



Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: Tips Keluarga Sihat
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp : 019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan. 

Friday, March 10, 2017

Kesan Pengambilan Vitamin Shaklee.

Hari ini saya nak tulis sedikit tentang Shaklee Effect yang saya alami sendiri. Saya kenal Shaklee kira-kira 3 tahun lepas. Saya cari supplement adalah untuk persediaan breastfeeding sebenarnya sebab saya dah berada di trimester ketiga kehamilan saya.

ESP adalah produk pertama yang saya cuba. Dan selepas bersalin saya mulai jatuh cinta dengan Shaklee dan mulai berani mencuba vitamin yang lain iaitu Alfalfa sebagai milkbooster.

Setelah beberapa bulan, saya terperasan yang tumit saya tidak lagi berasa sakit (saya ada masalah sakit pada tumit terutamanya pada waktu pagi). Jika dulu, sebaik saja saya bangun pagi dan memijak lantai tumit saya terasa sakit menyucuk-nyucuk. Tetapi selepas amalkan Alfalfa tumit saya tidak lagi sakit.

Saya juga perasan yang gatal-gatal pada buku lali saya pun sudah hilang. Dahulu doctor cakap yang gatal pada kaki saya tu adalah reaksi allergic. Dan, bila saya sapu ubat yang doctor berikan, gatal itu akan hilang tetapi akan timbul lagi setelah beberapa lama. Sehingga kini saya tak boleh nak fikir apa yang trigger allergic kat kaki saya tu.

Dan, yang paling nyata kesannya adalah gastric saya. Selama bertahun saya berhenti makan udang kerana jika saya termakan walaupun seekor udang, ia akan trigger masalah gastric saya. Maka saya berhenti makan makanan kegemaran saya tu sebab tak tahan nak tanggung kesakitan gastric saya tu. Dan, apabila saya sedar yang sakit tumit dan masalah allergic saya dah hilang, baru saya baca dengan teliti apakah khasiat Alfalfa. Dan, baru saya tahu yang alfalfa berupaya menyingkirkan toxic daripada badan. Saya percaya itulah sebab sakit tumit saya dan juga allergic saya tu boleh sembuh. Jadi saya beranikan diri cuba meratah seekor udang. Dan, jangkaan saya memang tepat masalah gastric pun dah hilang!

Sejak itu, saya tahu saya dah jumpa supplement yang boleh saya percayai. Daripada hanya 2 jenis vitamin yang saya makan dulu, sekarang saya rasa saya dah cuba hampir kesemua jenis vitamin Shaklee yang ada. Dan saya tahu yang saya takkan cari lagi vitamin lain selain Shaklee.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila klik  👉 Daftar Ahli

pengedar shaklee sri aman



Pengedar Shaklee Sri  Aman
 FB Personal: Emy Lea
 FB Page: Tips Keluarga Sihat
 Email : evanona75@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp : 019-4675097
 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu
 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Wednesday, March 8, 2017

Set Kanak-kanak Sihat & Bijak

Adalah normal bagi seorang ibu jika dia inginkan seorang anak yang comel dan menawan. Bagi saya, semua bayi adalah comel dan yang paling comel di dunia ini sudah semestinya anak-anak saya sendiri. Rupa paras anak-anak saya yang comel lote itu adalah satu bonus, yang penting bagi saya anak-anak saya yang empat orang tu semuanya Sihat, Bijak dan Ceria! Sebab itu saya bagi mereka Set Kanak-kanak Sihat, Bijak dan Ceria yang mengandungi Omega Guard, Chewable Vita-C Plus dan Mealshake.


pengedar shaklee sri aman


Omega Guard

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula amat penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Asid Docosahexaenoic(DHA) adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk fungsi otak yang lebih baik samada di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 yang paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan antara neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran lebih baik. Apabila seorang kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi dan bersama-sama dengan nutrien otak lain yang tidak kurang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu dalam membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam membantu pembelajaran lebih cepat dan perkembangan intelektual lebih tinggi pula mendorong keupayaan lebih baik di dalam pembelajaran dan ingatan. Kemahiran penyelesaian masalah lebih baik berpunca daripada daya tumpuan, daya ingatan dan keupayaan untuk melaksanakan aplikasi. Kemahiran berbahasa lebih pantas pula merupakan salah satu asas penting untuk pendidikan masa depan.


pengedar shaklee sri aman


Chewable Vita-C Plus

Vitamin C berperanan penting di dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi badan serta penting untuk pertumbuhan tulang, gigi dan gusi yang sihat sekaligus menyumbang kepada kesihatan yang baik secara keseluruhan. Chewable Vita-C memberikan khasiat Vitamin C yang setara dengan sebiji setengah buah oren yang berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Ia ideal untuk kanak-kanak yang belum dapat menelan tablet. Chewable Vita-C ini juga tidak mengandungi sebarang perasa atau pewarna tiruan.

pengedar shaklee sri aman


Mealshake

Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting sebagai asas nutrien penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja agar kekal sihat dan kuat. Mealshake juga merupakan sumber serat dan protein yang bagus. Mealshake juga kaya dengan sumber kalsium dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Kanak-kanak yang lasak dan sentiasa berlari aktif tidak akan punya masa untuk duduk diam dan menikmati makanan yang seimbang. Sebab itu kanak-kanak memerlukan makanan segera yang baik untuk mereka iaitu makanan segera yang rendah lemak dan juga rendah glisemik.


Apabila anak-anak kita sihat, bijak dan ceria, kita sebagai ibu juga akan turut merasa gembira. Rupa paras mereka kita boleh touch-up kemudian, yang penting pembesaran mereka seiring dengan daya pemikiran yang bijak.


Jika ingin membeli Set Khas Untuk Kanak-kanak ini secara online, sila klik :



Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar keahlian, sila hubungi :

pengedar shaklee sri aman


Pengedar Shaklee Sri  Aman

 FB Personal: Emy Lea

 FB Page: Tips Keluarga Sihat

 Email : evanona75@yahoo.com

 Call/SMS/WhatsApp : 019-4675097

 COD Area: Sri Aman/Lubok Antu

 Pengeposan ke seluruh negara juga disediakan.

Tuesday, March 7, 2017

Seafood Restaurant Paling Best Di Lawas

Musim cuti sekolah December tahun lepas, sekali lagi kami sekeluarga buat roadtrip menjelajah utara Borneo iaitu Sabah. Dan, tahun lepas merupakan kali kedua kami buat road trip ke Sabah. Pertama kali kami buat road trip ke utara Borneo dan Sabah adalah pada tahun 2015.

Setelah 2 tahun berturut kami sekeluarga buat road trip tu, banyak tempat-tempat makan yang best yang telah kami jumpai di sepanjang perjalanan kami road trip ke Sabah. Tetapi, banyak-banyak tempat makan yang best tu, ada satu tempat yang kami rasa layak untuk dinobatkan sebagai tempat makan terbaik sepanjang road trip ke Sabah tersebut. Hao Wei Seafood Restaurant Lawas adalah sebuah restaurant yang terdapat di bandar Lawas, bahagian yang terletak paling hujung di negeri Sarawak dan bersebelahan dengan negeri Sabah.

Restaurant Hao Wei Seafood Lawas ini bertepatan dengan namanya, menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang segar dengan harga yang sangat murah. Bayangkan, sekilo ketam segar yang sudah dimasak(resepi pilihan kita sendiri) dijual dengan harga hanya rm25 sekilo!

Selain menawarkan harga yang berpatutan, restaurant ini juga menawarkan service yang sangat cekap dan cepat. Walaupun dengan keadaan pelanggan yang memenuhi segenap ceruk restaurant, makanan yang kami pesan telah siap dimasak dan dihidangkan dalam jangkamasa kurang dari 10 minit. Restaurant ini juga sangat mesra kanak-kanak yang mana itu adalah salah satu kriteria pemilihan tempat makan yang sangat saya titikberatkan.

Jika dizinkan Tuhan dan dimurahkan rezeki, Lawas akan kami kunjungi sekali lagi pada tahun hadapan.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097

Monday, March 6, 2017

SET MIGRAIN SHAKLEE

Sakit kepala migraine ini hanya yang pernah alaminya saja tahu seksanya bagaimana. Sampai terasa nak hantukkan kepala kat dinding jika sakit migraine tu dah menyerang. Tarik rambut sendiri tu dah jadi perkara biasa bilamana migraine tu dah datang bertandang. Saya mula-mula kena migraine ni bila umur saya 15 tahun. Saya masih ingat lagi saya dibekalkan pil Aspirin untuk migraine saya. Bila makin meningkat dewasa, serangan migraine jadi makin berkurangan hinggalah saya sudah beranak pinak migraine tu akan datang sekurang-kurangnya sebulan sekali iaitu sebelum saya period. Dan, sewaktu bersalin anak ke 4 saya amalkan set breastfeeding Shaklee, kemudian saya tersedar yang migraine saya dah tidak lagi datang bertandang. Itu adalah salah satu Shaklee effect saya.

Bagi saya, syukur sungguh saya bernasib baik berbanding Puan Mizan Adlia kerana serangan saya pandai berkurangan bila umur makin meningkat. Puan Mizan Adlia ni lagi hebat cabaran yang terpaksa beliau hadapi. Kita ikuti kisah beliau yang SAKIT KEPALA MELAMPAU BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SET MIGRAIN SHAKLEE.

Assalamualaikum W.B.T

Nama saya Mizan Adlia binti Mohd Shoib, berasal dari Selangor dan berusia 36 tahun. Saya merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Labuan. Masalah migrain saya memang bermula semasa saya belajar lagi. Akan tetapi tidaklah sekerap mana. 
Setiap kali diserang migrain saya hanya makan 1-2 biji panadol sahaja untuk melegakan rasa sakit kepala. Saya juga tidak pernah merujuk kepada doktor berkaitan masalah migrain memandangkan setiap kali diserang sakit kepala, saya sedaya upaya menahan rasa sakit tersebut dan juga hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.

Lama kelamaan saya dapati migrain saya semakin kerap menyerang. Saya tidak boleh terlalu sejuk, tidak boleh terlalu panas, keadaan yang terlalu bising juga akan menyebabkan 
migrain saya menyerang. Apatah lagi ketika lapar.

Keadaan semakin teruk apabila saya memasuki alam pekerjaan. Saya akan mengalami migrain sehingga berhari-hari walaupun 4-
5 biji panadol saya telan (2 biji sekali ambil dan kebiasaannya dalam tempoh 1 hari). Kadangkala sudah mengambil ubat tahan sakit, migrain saya tetap tidak hilang.

Menarik-narik rambut, tidur dalam gelap, tidur dengan air mata, muntah memang itulah situasi biasa yang akan dialami ketika diserang migrain apabila saya merujuk masalah saya kepada doktor, doktor memberikan saya ubat migrain yang dikenali sebagai Caffox dan juga ubat tahan sakit iaitu Ponstan. Saya perlu makan kedua-dua jenis ubat ini kerana jika makan salah satu, migrain saya tidak akan pulih.
Menurut doktor yang merawat saya perlukan Caffox kerana Caffox akan melancarkan aliran dari ke otak manakala Ponstan sebagai ubat tahan sakit. Tetapi akibat pengambilan Ponstan, saya di serang gastrik yang melampau. Saya perlu makan makanan berat 
secukupnya sebelum dan selepas saya mengambil Ponstan.

Setiap kali saya mengambil Caffox di klinik, saya perlu melalui ujian kehamilan terlebih dahulu kerana menurut doktor 
wanita hamil tidak boleh mengambil Caffox.Saya berbincang dengan doktor yang merawat saya supaya dos untuk ubat tahan sakit dikurangkan agar saya tidak terseksa dengan gastrik pula.

Doktor memberikan saya Paracetamol dos lebih rendah dari Ponstan. Akan tetapi lain pula jadinya. Dos yang diberi 
langsung tidak membantu mengurangkan sakit, akibatnya saya dengan sendirinya menambah dos supaya dapat meredakan migrain.

Pada tahun 2013 saya mula mencuba Set Migrain Shaklee iaitu Ostematrix dan B Complex. Dua minggu pertama, migrain saya bukan bertambah baik, malah bertambah teruk sakitnya. 
Sehinggakan terdetik difikiran untuk berhenti sahaja dari mengambilkan Set Migrain ni.

Pada saya seolah-olah set ini langsung tidak memberi kesan, malah membuatkan migrain saya semakin teruk. Tetapi saya kuatkan hati untuk teruskan set migrain Shaklee dan berazam
untuk menghabiskan sekurang-kurangnya set yang pertama ini.

Setelah beberapa minggu barulah saya rasa perubahan positif set migrain ini. Dalam tempoh tersebut saya tidak diserang migrain walaupun sekali. Kemudian saya teruskan set sehingga 
4 bulan (kandungan B Complex untuk 4 bulan) dan Alhamdullah migrain saya semakin berkurangan. Sekarang migrain hanya akan menyerang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya beberapa hari sebelum period sahaja.

Kini saya boleh melakukan apa sahaja tugas tanpa risaukan faktor-faktor yang berkemungkinan akan menyebabkan migrain saya kembali. Sehingga kini saya masih mengamalkan Ostematrix setiap malam. Selain menyembuhkan migrain, Ostematrix juga 
membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki saya (simpul biawak) akibat kekurangan magnesium.

Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya, suka saya cadangkan agar mencuba Set Migrain Shaklee yang sangat hebat. Formula dari bahan semulajadi membuatkan saya amat yakin dengan Shaklee kerana dengan Shaklee saya mampu lebih cergas dan bebas melakukan tugas. Itulah Shaklee Effect saya!!

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097

Saturday, March 4, 2017

5 Sebab Kita Memerlukan Supplement

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa yang diri mereka tidak memerlukan sebarang supplement atau makanan tambahan. Salah satu sebab anggapan begini timbul adalah sebab mereka sudah benar-benar menjaga pemakanan mereka dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Anggapan ini agak meleset dari realiti kerana realitinya setiap orang pasti memerlukan supplement, bukan hanya untuk orang yang tidak sihat malahan juga orang yang sihat pun memerlukan supplement untuk memastikan badan kekal sihat. Di sini saya senaraikan 5 sebab kita memerlukan supplement.

1. Sumber mentah makanan yang tidak lagi semulajadi.
Kita beranggapan yang kita mampu menjaga kesihatan kita dengan mengelakkan semua jenis processed foods. Umum sedia maklum yang processed foods memang tidak menyihatkan. Justeru kita memilih untuk makan hanya real foods sahaja. Tetapi, tahukah anda yang real foods itupun berasal daripada sebagai contohnya ayam yang disuntik dengan cecair hormon untuk mempercepatkan pembesarannya, disuntik dengan pelbagai jenis vaksin untuk mengelakkannya daripada jatuh sakit dan diberi makan baja yang penuh dengan bahan kimia untuk menggemukkannya? Sayur-sayuran segar pun tidak semestinya segar. Entah berapa banyak jenis racun dan baja yang digunakan untuk menjaga dan menyuburkan sayur-sayur tersebut. Ikan air tawar pula diberi baja dan vitamin untuk mempercepatkan tempoh matangnya. Manakala ikan laut pula diberi bahan pengawet supaya tahan dan kelihatan segar lebih lama. Pendek kata, sumber makanan kita sudah tidak lagi semulajadi. Dan, apabila kita makan sumber makanan tersebut, badan kita akan bekerja keras untuk menyingkirkan segala radikal bebas yang masuk ke badan kita melalui makanan tersebut tadi. Di sinilah makanan tambahan memainkan peranan. Ia menolong badan kita menyingkirkan radikal bebas dengan lebih cepat. Lagi cepat radikal bebas disingkirkan dari badan kita lagi bagus. Supplement yang tinggi kandungan antioksidan nya sangat-sangat kita perlukan pada zaman ini.

2. Membantu kesihatan badan.
Zaman sekarang ini sangat banyak jenis penyakit yang ada. Dan, semua itu mungkin merupakan kesan daripada sumber mentah makanan kita. Kanser contohnya adalah kesan daripada badan kita yang terdedah pada radikal bebas untuk jangka masa yang lama. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok juga menyebabkan badan kita benar-benar memerlukan makanan tambahan. Kehadiran virus-virus yang baru seperti HFMD juga menyebabkan anak-anak kita pun memerlukan makanan tambahan. Malahan, anak-anaklah golongan yang paling memerlukan supplement.

3. Gaya hidup yang kurang aktif.
Zaman sekarang adalah zaman IT. Zaman di mana kebanyakan individu lebih suka duduk melayan handphone daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gaya hidup seperti ini amat memerlukan makanan tambahan untuk memastikan badan kekal sihat walaupun menjalani hidup kurang aktif. Dan, jika kita ubah gaya hidup yang kita yang pasif itu kepada yang aktif sedikit, pasti hidup kita lebih sihat dengan bantuan supplement yang berkualiti.

4. Tekanan hidup.
Keadaan hidup yang serba menekan pada masa kini menyebabkan kita mudah stress. Living cost yang sentiasa meningkat salah satu punca kita jadi stress. Dan tahukah anda, apabila kita stress nutrient yang ada dalam badan kita akan cepat hilang? Terutamanya vitamin seperti vitamin B dan Vitamin C akan hilang daripada badan kita setiap kali kita berasa tertekan.

5. Cuaca yang tidak menentu.
Keadaan cuaca yang sangat tidak menentu pada masa sekarang menjadikan imun sistem badan kita jadi ikut sama tidak menentu. Cuaca yang panas akan menjadi terlampau panas menyebabkan badan kita mudah dehydrate dan nutrient pun cepat hilang dari badan. Nutrient yang hilang pun mesti diganti dengan segera jika tidak nanti badan akan jatuh sakit. Apabila cuaca sejuk pula akan menjadi terlalu sejuk dan ini boleh menyebabkan serangan asma dan selsema pada kanak-kanak mahupun dewasa. Jadi, tidak dinafikan setiap golongan memang memerlukan makanan tambahan.

Kesimpulannya, makanan tambahan adalah satu keperluan pada masa ini. Dan ini dibuktikan dengab lambakan produk makanan tambahan yang ada dipasaran. Jadi, isu yang timbul sekarang adalah bagaimana hendak memilih supplement yang sesuai dan berkualiti? 

Tips memilih supplement.
Memang sukar untuk memilih vitamin yang sesuai untuk diri dan keluarga kerana ada banyak pilihan vitamin di luar sana. Ada yang harganya murah dan tak kurang juga menawarkan harga yang amat mahal. 

Tips memilih supplement yang sesuai untuk diri dan keluarga adalah kita kena lihat dari kualitinya. Kena selidik betul-betul sejarah pembuatan produk dan yang paling selamat adalah anda perlu memilih supplement yang ada Landmark Study. Landmark Study ini hanya boleh dilakukan ke atas vitamin yang sudah wujud selama 20 tahun ke atas. Cari jurnal saintifik yang berkaitan produk yang anda pilih. Ini sangat penting untuk memastikan produk yang anda pilih tidak mengandungi bahan merbahaya pada diri dan keluarga.
Bagi saya pula, saya memilih vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan kami keluarga kerana Shaklee adalah satu-satunya vitamin yang ada Landmark Study. Kualitinya sudah terbukti dan tak perlu dipertikaikan lagi.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Telegram/Wassap : 0194675097
ID Shaklee : 994434

Friday, March 3, 2017

Mengawal Bacaan Gula Dengan Vivix

Mengawal Bacaan Gula Dengan Vivix

Tiada yang lebih mengembirakan apabila pakcik sendiri mengakui yang bacaan gula menjadi cantik selepas minum Vivix. Malahan, bacaan gula tetap normal walaupun tidak lagi makan ubat diabetis dari hospital (atas nasihat doktor sebab bacaan gula dah cantik sangat). Dan, yang lebih penting kita boleh tolong ahli keluarga tentang kesedaran dari segi pemakanan yang sihat kerana mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.

Apa itu Vivix?
Vivix Shaklee merupakan vitamin dalam bentuk cecair berwarna purple pekat yang bersifat antioksidan yang sangat tinggi. Dibuat daripada campuran pekatan Muscadine Grape dan juga Purple Carrot yang eksklusif dan unik itu menjadikan ianya vitamin yang sangat fleksible di dalam membantu mereka yang menghidap penyakit kronik dan malahan juga boleh membantu proses penuaan secara sihat.

Bagaimana Vivix membantu mengawal bacaan gula?
Vivix yang berasaskan campuran ramuan botani yang kaya dengan polifenol dan resveratrol dapat membantu pesakit diabetis dengan memperlahankan atau mengurangkan sindrom Resistansi Insulin ("Metabolic Syndrome").

Sifat antioksidannya yang tinggi membolehkannya mampu untuk melindungi dan membaiki sel yang rosak. Oleh itu, pengambilan Vivix secara berterusan akan dapat memberi manfaat di dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang boleh menyebabkan penyakit cardiovascular dan kencing manis.

Mengawal kepekatan gula dalam darah.
Karbohidrat yang dicerna akan ditukarkan menjadi gula yang akan memberikan kita tenaga yang mencukupi. Oleh itu, pengambilan sumber karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur Muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat di dalam darah dan seterusnya boleh menyebabkan pengumpulan gula yang tinggi yang akan menyebabkan diabetis.

Mengelakkan Kerosakan Mata dan Menggalakkan Penyembuhan Luka dengan segera.
Polifenol Anthocyanins yang terkandung dalam Vivix membantu di dalam memperbaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera. Seperti kita sedia maklum, antara komplikasi penyakit diabetis adalah risiko kehilangan penglihatan dan juga luka yang lambat sembuh sehingga boleh menyebabkan gangrene.

Mencegah Pembentukan Protein AGE.Protein AGE (Advance Glycation End product) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerosis, sel mati dan komplikasi diabetis. Resveratrol di dalam Vivix boleh memperlahankan pembentukan protein AGE ini dan sekaligus memperlahankan penuaan.

Jom kita lihat sendiri testimony para pengguna Vivix.







Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Telegram/Wassap : 0194675097
ID Shaklee : 994434

Thursday, March 2, 2017

Impian Saya

Bila bercakap tentang impian, sudah semestinya impian saya akan berkait rapat dengan keluarga. Ada banyak sebenarnya impian saya ni. 

Impian yang top dalam list saya adalah memastikan kesihatan anak-anak dan ahli keluarga yang lain dalam keadaan tip top. Sebab itulah saya tetap setia bersama Shaklee, sebab saya tahu saya boleh mempercayai kualiti yang Shaklee tawarkan. Dalam banyak-banyak vitamin yang Shaklee tawarkan pada kanak-kanak, saya paling suka Nutriferon. Impian saya adalah untuk memberikan mereka Nutriferon satu peket seorang setiap hari. Setakat ini saya jadikan Nutriferon sebagai stok untuk mereka makan jika hanya waktu mereka tak sihat sahaja. Dengan Nutriferon saya dapati sistem imun mereka menjadi bertambah kuat.

Impian saya yang kedua adalah hidup tanpa hutang. Ya, kehidupan bebas hutang adalah kehidupan yang sangat saya impikan. Bagi saya kemewahan itu tiada ertinya jika kita masih banyak berhutang. Segala perancangan hidup jadi tergendala selagi hutang-hutang itu tidak terlangsai. Tidur malam pun tidak nyenyak dibuatnya....huhuhu.

Impian saya yang seterusnya adalah impian saya selepas melangsaikan hutang-hutang saya. Selepas bebas hutang, saya nak bawa anak-anak melancong ke luar negara sekurang-kurangnya sekali setahun. Tak lupa juga saya nak bawak ahli keluarga yang lain untuk melancong bersama iaitu adik beradik serta kedua ibu bapa saya. Juga saya nak berikan ibu bapa saya duit belanja bulanan sekurang-kurangnya rm1000 seorang. Dan yang terakhir, menyediakan kehidupan yang bebas hutang pada anak-anak saya sehingga mereka beranak pinak nanti.

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097

Sunday, February 19, 2017

Set Berpantang Shaklee

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk memiliki zuriat. Dan, kehadiran zuriat pertama pastinya amat ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin. Insan yang paling teruja serta nervous menerima berita gembira tersebut pastinya si bakal ibu kerana bakal menempuh pengalaman baru iaitu proses kehamilan, bersalin dan juga berpantang. Maka, bermulalah pencarian bakal ibu untuk mencari set berpantang terbaik untuk dirinya sendiri.

Disini saya ingin berkongsi kisah seorang ibu yang baru menimang cahayamata pertamanya dan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Ikutilah kisah Puan Nadimah Muhammad yang berpantang menggunakan Set Berpantang Shaklee. Antara vitamin yang Puan Nadimah amalkan semasa berpantang adalah vitamin B Complex, Zinc Complex, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C, Omega Guard dan Vivix.

=============================
[SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG]

Hai semua. Assalamualaikum!

Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.

Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3 tahun lepas lagi.

Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.

Lagi-lagi sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak-banyak kali. And Nadim BEBAS GDM!

Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.

Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin-vitamin ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.

Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minit pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan.  Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu-ibu, TAKUT TAKDE SUSU!

Tapi alhamdulillah,  sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatlah 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2 bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.

Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!

Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri, drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.

Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!

Owh lupa! Lepas 2 minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!

Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.

Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10 bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!

Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!

Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu-jamu yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!

Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434

Friday, February 10, 2017

PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk menimang cahayamata. Ada yang murah rezeki, tahun pertama kahwin terus mendapat anak. Malahan, anak-anak tu lahir berderet-deret. Tidak kurang juga yang terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya hingga mencuba pelbagai cara untuk mendapat anak.  Ada juga yang terpaksa menunggu lama untuk mendapat zuriat kedua. Jom kita baca pengakuan saudara Daud Mohamad yang telah berusaha dan sabar mencuba sehingga sepuluh tahun untuk mendapat anak kedua.
=============================
Assalamualaikum.

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.


 Terima kasih kerana sudi singgah ye. Salam sayang dan jumpa lagi.💓💓💓
=============================
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh menghubungi saya terus melalui mana-mana cara di bawah:

HUBUNGI SAYA :

FB : EMY LEA
Fan Page : Tips Keluarga Sihat
Email : evanona75@yahoo.com
Call/Sms/Wassap/Telegram : 019-4675097
ID Shaklee : 994434